Jenis-jenis dialisis peritoneal Dialisis_peritoneum

Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan (CAPD)

Dialisis Peritoneal Ambulatori Berterusan CAPD adalah kaedah yang tidak menggunakan mesin. Dilakukan 4 atau 5 kali sehari dengan meletakkan satu bag dialisat(lebih kurang 2 liter) ke dalam rongga peritoneal melalui katerer. Kaedah ini tidak mengganggu jantung, kontaminasi dengan hepatitis lebih kecil. Fungsi ginjal yang tersisa masih dapat dipertahankan, dan proses dialisis pun bekerja selama 24 jam sesuai dengan kerja ginjal secara alamiah. Selain itu,memudahkan pengendalian kimia darah dan tekanan darah. Kaedah CAPD ini juga bagi menjaga kebersihan lubang yang menghubungkan ginjal dalam perut dengan dunia luar, yaitu bekas cairan dialisat.

Keburukan CAPD adalah menimbulkan jangkitan pada rongga perut. Selain itu ,kaedah ini akan meningkatkan kadar lemak dan mengakibatkan kegemukan (obesitas), serta dapat menimbulkan hernia, serta sakit pinggang.

Dialisis Peritoneal Kitaran Berterusan (CCPD)

Continuos Cycling Peritoneal Dialysis atau CCPD pula biasanya akan dilakukan di rumah dengan menggunakan sebuah mesin khas yang dipanggil sebagai cycler.CCPD adalah sama dengan CAPD cuma berbeza dari jumlah pertukarannya sahaja.Setiap pertukaran biasanya berlangsung selama 1 jam dan pertukaran berlaku sepanjang malam sedang tidur.

Dialisis Peritoneal Automatik (APD)

Dialisis Peritoneal Automatik ialah mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam. Di sini, pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa tidur. Sebelum tidur, kateter akan disambungkan kepada mesin APD yang diletakkan berhampiran katil.

Semasa tidur, mesin APD akan mengawal ketiga-tiga fasa kitaran iaitu menyalur keluar larutan terpakai, mengisi larutan baru dan mengawasi masa larutan kekal dalam rongga peritoneum ketike masa penghantaran.Pada waktu pagi, mesin akan melakukan isian terakhir bagi kebanyakan pesakit. Ini bermakna, larutan yang dimasukkan kekal dalam rongga peritoneum sehingga waktu tidur atau pertukaran seterusnya.